Sabtu, 18 Disember 2010

Sabtu, 4 Disember 2010

Bahasa Arab 3 Kali Seminggu (KSSR)

Kategori : Pekeliling Ikhtisas
Subjek : Surat Pekeliling Ikhtisas Bil.11/2010 Pelaksanaan Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) Tahap Satu Mulai 2011
Bil. : 11
Tahun : 2010
Jabatan : Bahagian Pengurusan Sekolah Harian

[Download Surat Pekeliling]

Contoh: Lampiran 1

Selasa, 31 Ogos 2010

Baby Ustazah Rafizah

Klik kat gambar...

Alhamdulillah. Kembar lagi. Tahniah.

Jumaat, 20 Ogos 2010

Ihyaul Ramadan - 5 Minit Bestari Ramadan

Setiap kali sesi P&P Pendidikan Islam, guru-guru akan memberi info mengenai Ramadan.
Antara pengisiannya ialah:
1. Latih Tubi menyebut Lafaz Niat Puasa Ramadan
2. Perkara Batal Puasa
3. Hikmah berpuasa
4. Kisah-kisah berkaitan Ramadan dan puasa
5. Soal-jawab berkaitan Ramadan dan puasa

Di sepanjang 10 Ramadan Pertama murid-murid akan diperdengarkan dengan alunan zikir dan doa pada waktu pagi sebelum loceng dibunyikan.

Ahad, 8 Ogos 2010

Ihyaul Ramadan - Info Ramadan

Tarikh : 6 Ogos 2010 ~ 25 Syaaban 1431
Masa : 8.30 pagi.
Tempat : Tapak Perhimpunan
Sasaran : Semua warga SKPBU
Penyampai : Ustaz Mohd Ghafri Puteh
Kandungan:
1. Pengertian Puasa
2. Kewajipan Berpuasa
3. Wajib Puasa
4. Rukun Puasa
5. Syarat Sah Puasa
6. Perkara Membatalkan Puasa
7. Hikmah Puasa
8. Amalan Ketika Puasa.

Jumaat, 16 Julai 2010

Israk Mikraj 1431H/2010M - Ceramah

16 JULAI 2010 Jumaat - Pada pagi ini, Panitia Pendidikan Islam SKPBU telah mengadakan satu ceramah berkaitan peristiwa Israk Mikraj. Ceramah ini telah disampaikan oleh Ustaz Zaim Zainol dan diadakan di tapak perhimpunan.

Antara pengajaran daripada peristiwa ini ialah:
- Allah Maha Berkuasa
- Allah menggembirakan Rasulnya
- Menghadap Ilahi dengan hati yang tulus suci.
- Gambaran amalan kebaikan dan kejahatan umat Rasulullah SAW

Rabu, 7 Julai 2010

Jadual Waktu Induk Pendidikan Islam SKPBU 2010


Sila beri ulasan/komen.

Rabu, 23 Jun 2010

Isnin, 21 Jun 2010

e-Laporan Pencapaian Murid Program j-QAF Jun 2010

PROSES e-LAPORAN PENCAPAIAN MURID PROGRAM j-QAF JUN 2010 AKAN BERMULA DI PERINGKAT TAKLIMAT PEGAWAI JPN DAN JURULATIH UTAMA NEGERI SELURUH NEGARA PADA MINGGU PERTAMA JUN 2010 INI. MAKLUMAT SETERUSNYA AKAN DIMAKLUMKAN DI PERINGKAT NEGERI KEPADA SEMUA PEGAWAI YANG MENGURUSKAN PROGRAM j-QAF DAN JU e-LAPORAN MINGGU BERIKUTNYA ( DALAM WAKTU CUTI PERTENGAHAN TAHUN 2010). MAKLUMAT AWAL , DIFAHAMKAN BAHAWA FORMAT e-LAPORAN 2009 TIDAK BOLEH DIGUNAKAN UNTUK TAHUN 2010. e-LAPORAN 2010 ADALAH BARU BERDASARKAN KEPERLUAN DAN PERUBAHAN TERKINI.

Dijangkakan antara perubahan ketara dalam format laporan pencapaian j-QAF 2010 :

1. Kem Bestari Solat ( Solat Tambahan ) Untuk Tahun 4, 5 & 6.
2. Khatam Al-Quran. Bahagian Ayat Tertinggi menggunakan Muka Surat Al-Quran
berdasarkan sukatan. Bukannya berdasarkan ayat tertinggi dalam sukatan.
3. Bahasa Arab Tahun 3 berdasarkan soalan yang dibekalkan oleh BPK. Bukannya PKSR.
4. Bahasa Arab Tahun 2 ialah jumlah skala kadar sebulan ialah 40. Bukannya 35. Rujuk Buku
Panduan Guru Bahasa Arab.
5. Laporan Kem Lestarasi Al-Quran; sebelum dan selepas kem.

SEMENTARA MENUNGGU FORMAT e-LAPORAN 2010 YANG TERKINI, SEMUA GURU YANG BERKAITAN DIMINTA MENGEMAS KINI DAN MEMASTIKAN DATA MENTAH SEPERTI BORANG SKOR PKSR, UJIAN JAWI, BORANG PENGESANAN KBS DAN SEBAGAINYA SIAPSEDIA UNTUK BEROPERASI BILA DIPERLUKAN. PEMBAHAGIAN TUGAS DI KALANGAN GPI DAN GURU j-QAF PERLU BAGI MEMUDAHKAN PROSES e-LAPORAN SELANJUTNYA PADA KALI INI.

KERJASAMA DAN TINDAKAN PERLU YANG DIBERIKAN KE ARAH MEMANTAPKAN SISTEM MAKLUMAT e-LAPORAN DARI SEMUA PIHAK DIDAHULUI DENGAN UCAPAN RIBUAN TERIMA KASIH.

SEKIAN.

Sumber: http://ustazabdulsomad.blogspot.com

Isnin, 24 Mei 2010

Aurat Wanita : Apa Sudah Jadi ?

DON'T JUDGE A BOOK BY ITS COVER

Ungkapan ini kerap saya dengari, saya yakin anda juga mungkin kerap mendengarnya. Kata-kata dari wanita yang tidak menutup aurat yang sering mendakwa bahawa hatinya baik dan suci walaupun ia berpakaian seksi serta mendedahkan aurat.

"Orang wanita bertudung pun banyak yang jahat hari ini, berzina, khalwat dan macam-macam lagi" Katanya memberi buah fikirannya.

Baca lagi...

Sumber: zaharuddin.net

Rabu, 19 Mei 2010

Ujian Pencapaian Jawi Tahun 6 j-QAF 2010

Muat Turun Soalan Ujian Pencapaian Jawi Tahun 6 Bagi kegunaan Laporan Pencapaian j-QAF 2010.
Untuk download, Klik Pautan di bawah:
Ujian Pencapaian Jawi Tahun 1
Ujian Pencapaian Jawi Tahun 2
Ujian Pencapaian Jawi Tahun 3
Ujian Pencapaian Jawi Tahun 4
Ujian Pencapaian Jawi Tahun 5
Ujian Pencapaian Jawi Tahun 6

Ahad, 9 Mei 2010

Kasih Ibu Kasih Suci

Assalamualaikum...

Sekadar ingin berkongsi satu lukisan...



























Betapa sayang ibu itu akan anaknya.
Janganlah kita lupa jasa kedua ibubapa kita.
Semua ibu akan menyayangi anaknya sebegitu rupa.
Mampukah kita menyayangi mereka kembali???
Bersyukurlah pada yang masih punya ibu....
Pada yang tiada, panjatkanlah doa...

Sumber: http://www.ataphijau.com/2010/05/08/kasih-ibu-kasih-suci

Khamis, 6 Mei 2010

Minit mesyuarat panitia kali- 1 2010

MINIT MESYUARAT PANITIA PENDIDIKAN ISLAM SEK KEB PADANG BESAR UTARA 02100 PADANG BESAR UTARA PERLIS
TARIKH : 10 FEBRUARI 2010
HARI : RABU
JAM : 7.45-8.45 PAGI

Sabtu, 24 April 2010

MTQ Peringkat Negeri Perlis 1431H~2010M

Majlis Tadarus Al-Quran Sekolah-sekolah Kementerian Pelajaran Malaysia Peringkat Negeri Perlis telah berjaya diadakan pada 24 April 2010 bertempat di SMK Sanglang, Simpang Empat, Perlis.

Murid SKPBU telah mewakili PKP Padang Besar bagi 3 acara dan keputusannya ialah:
1. Tilawah Al-Quran Lelaki - Muhamad bin Muhamad Husni - Saguhati
2. Tilawah Al-Quran Perempuan - Nur Afiqah bt Muhamad Husni - Saguhati
3. Bercerita Kisah Al-Quran - Mohd Hairul Hakimi bin Mohd Deri - Johan

Oleh itu, Mohd Hairul Hakimi akan mewakili negeri Perlis dalam acara Bercerita ke MTQ Peringkat Kebangsaan yang akan diadakan pada 31 Me1 hingga 3 Jun 2010 di Negeri Terengganu.

Tahniah diucapkan kepada para peserta, guru-guru dan pihak sekolah di atas kerjasama yang diberikan kepada pihak PAISKPBU.


^Mohd Hairul Hakimi membuat persembahan.


^ Menerima piala pusingan daripada Timbalan Pengarah Pelajaran Perlis.


^ Bergambar bersama Ustazah Nur Irma dan Ustazah Rafizah.

* Klik atas gambar untuk besarkan gambar.

Sabtu, 10 April 2010

MTQ PKP Padang Besar 2010

Majlis Tadarus Al-Quran Peringkat Pusat Kecemerlangan Pendidikan Padang Besar Perlis telah diadakan seperti ketetapan berikut:
- Tarikh : 6 April 2010
- Hari : Selasa
- Masa : 2.30 petang
- Tempat : Sek Rendah Islam II, Felda Mata Ayer, Jalan Padang Besar.

Pencapaian peserta SKPBU dalam MTQ peringkat PKP Padang Besar 2010:
- Johan Tilawah Al-Quran Lelaki (Mohamad bin Mohamad Husni - 6C)
- Johan Tilawah Al-Quran Perempuan (Nur Afiqah bt Mohamad Husni - 5C)
- Johan Bercerita Kisah Al-Quran Lelaki (Mohd Hairul Hakimi Md Deri - 5C)
- Kedua Bercerita Kisah Al-Quran Perempuan (Farhana Ayunis bt Zulkefi - 6C)
Saguhati:
- Hafazan Lelaki (Ahmad Nazmi bin Mohd Hasni - 3C)
- Hafazan Perempuan (Nur Izzah Suraya bt Abdullah - 4C)

SKPBU adalah JOHAN KESELURUHAN MTQ peringkat PKP Padang Besar 2010.

Perasmian Penutup dan Penyampaian Hadiah disempurnakan oleh wakil Pengarah Pelajaran Perlis Ustaz Abd Syukor Yaakob, Penolong Pengarah Dakwah dan Kepimpinan Sektor Pendidikan Islam JPN Perlis.

Tahniah diucapkan kepada para peserta, guru-guru dan pihak pentadbir sekolah.


^ Uztaz Abd Syukor Yaakob bersama Guru Besar PKP Padang Besar


^ Guru Besar SKPBU menerima Piala Pusingan


^ Bercerita - Farhana Ayunis - Hairul Hakimi


^ En Mohamad Husni - menemani anak-anaknya


^ Hadiah Johan Tilawah


^ Hadiah Johan Bercerita

Isnin, 29 Mac 2010

Kebenaran Menulis Sebagai Penulis Jemputan

Saya dibenarkan menulis dalam blog PAISKPBU ini sebagai penulis jemputan.
Terimakasih kepada webmaster blog PAISKPBU.

Sabtu, 6 Mac 2010

Post Keluaran Khas Maulidur Rasul SKUM Langkawi

KLIK SAYA

Sambutan Maulidur Rasul 1431H ~ 2010H

Sambutan Maulidur Rasul peringkat SKPBU telah berjaya dilaksanakan seperti berikut:
- Tarikh : 5 Mac 2010 ~ 19 Rabiul Awal 1431H (Jumaat)
- Masa : 7.45 - 10.45 pagi
- Acara : Ceramah, Mewarna, Kuiz

Terima kasih kepada pentadbir, semua guru dan kakitangan di atas kerjasama yang telah diberi.

Mesyuarat MTQ PKP Padang Besar

Mesyuarat MTQ PKP Padang Besar telah diadakan di SRI II Mata Ayer, penganjur MTQ pada tahun 2010. MTQ PKP Padang Besar akan diadaka seperti berikut :
- Tarikh : 6 April 2010 (Selasa)
- Tempat : SRI II, Felda Mata Ayer, Jln Pdg Besar
- Acara : Tilawah a-Quran, Hafazan dan Bercerita
Wakil SPI, JPNPs yang hadir ialah Ust Mohd Syukor Yaakob.

Lokasi SRI II, Mata Ayer:

View SRI II, Mata Ayer in a larger map
Tapak baru SRI II, Mata Ayer

Jumaat, 5 Februari 2010

Persidangan Inovasi pendidikan Islam 2009

Tarikh : 1 hingga 4 Disember 2009
Tempat : Hotel Holiday Villa, Subang Selangor.

Wakil Perlis :
- Ustaz Sabri b Ismail - SK Lubuk Sireh
- Asuhan Tilawah Al-Quran Tahun 6
- << Klik Saya >>

Selasa, 2 Februari 2010

Download MP3 Al-Quran

>> Klik Saya <<

Selamat mencuba.

Rabu, 20 Januari 2010

Sektor Pengurusan Pendidikan Islam Perlis

<< Klik Saya >>

Jumaat, 8 Januari 2010

Download P&P j-QAF Tahun Satu Hingga Tahun 6

Muat turun bahan-bahan yang dibekalkan dalam web rasmi BPK.

>>Klik Saya<< Sumber: Surat Siaran JPPs(PI)1/16 Jld.6 (85) Tarikh: 7 januari 2010

Selasa, 5 Januari 2010

RPT j-QAF Tahun 6 KBSR

Berikut adalah link bagi bahan Rancangan Pengajaran Tahunan j-QAF KBSR

1. RPT Tahap 1 dan 2 - (Tahun 1 hingga 6) Termasuk Tahun 6 2010

Laman banyak bahan j-QAF:
1. http://mohamadsyahmiharun.blogspot.com/
......sukses untuk anda.