Sabtu, 24 April 2010

MTQ Peringkat Negeri Perlis 1431H~2010M

Majlis Tadarus Al-Quran Sekolah-sekolah Kementerian Pelajaran Malaysia Peringkat Negeri Perlis telah berjaya diadakan pada 24 April 2010 bertempat di SMK Sanglang, Simpang Empat, Perlis.

Murid SKPBU telah mewakili PKP Padang Besar bagi 3 acara dan keputusannya ialah:
1. Tilawah Al-Quran Lelaki - Muhamad bin Muhamad Husni - Saguhati
2. Tilawah Al-Quran Perempuan - Nur Afiqah bt Muhamad Husni - Saguhati
3. Bercerita Kisah Al-Quran - Mohd Hairul Hakimi bin Mohd Deri - Johan

Oleh itu, Mohd Hairul Hakimi akan mewakili negeri Perlis dalam acara Bercerita ke MTQ Peringkat Kebangsaan yang akan diadakan pada 31 Me1 hingga 3 Jun 2010 di Negeri Terengganu.

Tahniah diucapkan kepada para peserta, guru-guru dan pihak sekolah di atas kerjasama yang diberikan kepada pihak PAISKPBU.


^Mohd Hairul Hakimi membuat persembahan.


^ Menerima piala pusingan daripada Timbalan Pengarah Pelajaran Perlis.


^ Bergambar bersama Ustazah Nur Irma dan Ustazah Rafizah.

* Klik atas gambar untuk besarkan gambar.

0 ulasan:

Catat Komen