Isnin, 18 April 2011

MTQ Peringkat Negeri 2011

Majlis Tadarus Al-Quran (MTQ) Peringkat Negeri Perlis telah diadakan pada hari Sabtu, 16 April lalu , bertempat di SMK Putra, Padang Katong, Kangar, Perlis.
Seorang peserta SKPBU telah mewakili PKP Padang Besar dalam acara Tilawah Al-Quran Sekolah Rendah. Beliau ialah Nur Afiqah binti Mohd Husni (6 Cerdas). Tahniah kepada beliau kerana telah mendapat tempat kedua. Terima kasih tidak terhingga kepada En Mohd Husni kerana membantu pihak Panitia Pendidikan Islam SKPBU melatih Nur Afiqah.

0 ulasan:

Catat Ulasan