Rabu, 18 November 2009

Hari Raya Aidiladha

Tanggal 8 Zulhijjah
- Nabi Ibrahim telah bermimpi mendapat perintah dari Allah supaya menyembelih anaknya Ismail. Seharian ia berfikir sama ada perintah itu datang dari Allah atau syaitan.
- Hari itu dinamakan dengan 'Tarwiyah' (hari berfikir) oleh itu sesiapa yang berpuasa pada hari itu akan diberi oleh Allah pahala yang tidak terhitung banyaknya hanya Allah sahaja yang mengetahui.

Tanggal 9 Zulhijjah
- Allah telah memberitahu kepada Nabi Ibrahim bahawa mimpinya itu adalah benar dari Allah, bukan dari syaitan.
- Oleh itu hari itu dikenali dengan nama 'Arafah' (hari tahu). Sesiapa yang berpuasa pada hari itu akan diampunkan oleh Allah dosanya setahun yang lalu dan setahun yang akan datang.

Tanggal 10 Zulhijjah
- Hari ini hari raya Aidil Adha (hari korban) juga dikenali dengan nama hari 'Nahar' (menyembelih).
- Sesiapa yang berkorban pada hari itu dengan seekor korban dan pada setiap titisan darah yang mengalir dari leher haiwan tersebut Allah akan mengampuni dosanya dan dosa ahli kaum keluarganya (haram berpuasa pada hari ini).
- Sunat bersedekah pada hari itu dengan satu sedekah maka akan dibangkitkan oleh Allah pada hari kiamat nanti dalam keadaan aman dan sentosa serta timbangan amal baiknya lebih berat dari bukit Uhud.

Amalan sunat pada 10 Zulhijjah seperti...
1. Mandi sunat Aidil Adha pada pagi harinya
2. Sunat tidak menjamah makanan atau minuman sehinggalah selesai menunaikan solat Adha.
3. Keluar menuju ke masjid dengan satu jalan dan bila pulang menggunakan jalan yang lain pula.
4. Lebih afdal dengan berjalan kaki ke masjid jika ianya tidak terlalu jauh.
5. Mengumandangkan takbir, tahmid dan tahlil bermula dari malam 10 Zulhijjah hinggalah terbenam matahari pada tanggal 13 Zulhijjah (Takbir Muqayyad).

Jumaat, 13 November 2009

Jadual Persekolahan 2010

Selasa, 10 November 2009

Kompleks Percetakan Alquran Raja Fahd

Sebuah Institusi Islam Yang Megah Untuk Berkhidmat Kepada Alquran dan Sunah Alquran adalah Kitab Suci Allah yang tidak datang kepadanya kebatilan, baik dari depan maupun dari belakangnya. Allah telah menjamin untuk menjaganya, sebagaimana dalam firman-Nya,

"Kami benar-benar telah menurunkan peringatan (Alquran) dan Kami benar-benar akan menjaganya" (Q.S. Al-Hijr: 9).

Segala puji bagi Allah yang telah mentaqdirkan di sepanjang zaman orang-orang yang menghafal Al Quran, menjaga dan menyebarkannya. Keutamaan ini khusus Allah berikan kepada hamba-hamba yang Dia kehendaki.

Sila Klik hyperlink di bawah:
Bahasa Arab : http://www.qurancomplex.com/default.asp?l=arb
Bahasa Indonesia: http://www.qurancomplex.com/default.asp?l=ind
Bahasa Inggeris: http://www.qurancomplex.com/default.asp?l=eng

Boleh download mp3 surah dan banyak lagi.
Selamat mencuba.

Sabtu, 7 November 2009

Kem Bina Juara jQAF 2009

Tahsin Al-Quran SPPI Perlis 2009

Kem Tahsin Al-Quran 2009
Tarikh : 9 ~ 12 November 2009
Tempat : Semarak Resort, Batu Pahat, Perlis
Murid SKPBU : Nur Afiqah Husni
Guru Terlibat:
- Ustz Rafizah Rasyid

Iktifal Khatam Al-Quran 2009

Majlis Ikhtifal Khatam Al-Quran 2009
Kawasan Parlimen Padang Besar
Tarikh : 12 Novenber 2009
Masa : 8.00 pagi ~ 1.00 petang
Tempat : SK Guar Jentik, Beseri, Perlis

Penyertaan : 19 Buah Sekolah
Guru Pengiring : Semua Guru GPI dan j-QAF
Acara Terlibat :
- Persembahan Kalam Jamaiee (30 murid)
- Khatam Al-Quran (1 murid)
- Kuiz Terbuka (2 murid)


Khatam Al-Quran


Dikir Barat - SK Datok Kayaman


Kalam Jamaiee - SK Padang Besar Utara


Ustaz Zulkefli Deraof dan Guru-Guru Besar Kawasan

Kem Literasi Al-Quran 2009

Kem Literasi Al-Quran 2009
Peringkat Parlimen Padang Besar
Tempat : SK Datok Kayaman, Bukit Keteri, Perlis
Masa : 8.00 pagi ~ 1.30 petang
Penyertaan : 17 buah sekolah

Fasilitator : Ustz A'atiyah bt Kamaruddin
Guru Pengiring : Ust Mohd Ghafri b Puteh
Murid : 9 orang Tahun 3