Tanggal 8 Zulhijjah
- Nabi Ibrahim telah bermimpi mendapat perintah dari Allah supaya menyembelih anaknya Ismail. Seharian ia berfikir sama ada perintah itu datang dari Allah atau syaitan.
- Hari itu dinamakan dengan 'Tarwiyah' (hari berfikir) oleh itu sesiapa yang berpuasa pada hari itu akan diberi oleh Allah pahala yang tidak terhitung banyaknya hanya Allah sahaja yang mengetahui.
Tanggal 9 Zulhijjah
- Allah telah memberitahu kepada Nabi Ibrahim bahawa mimpinya itu adalah benar dari Allah, bukan dari syaitan.
- Oleh itu hari itu dikenali dengan nama 'Arafah' (hari tahu). Sesiapa yang berpuasa pada hari itu akan diampunkan oleh Allah dosanya setahun yang lalu dan setahun yang akan datang.
Tanggal 10 Zulhijjah
- Hari ini hari raya Aidil Adha (hari korban) juga dikenali dengan nama hari 'Nahar' (menyembelih).
- Sesiapa yang berkorban pada hari itu dengan seekor korban dan pada setiap titisan darah yang mengalir dari leher haiwan tersebut Allah akan mengampuni dosanya dan dosa ahli kaum keluarganya (haram berpuasa pada hari ini).
- Sunat bersedekah pada hari itu dengan satu sedekah maka akan dibangkitkan oleh Allah pada hari kiamat nanti dalam keadaan aman dan sentosa serta timbangan amal baiknya lebih berat dari bukit Uhud.
Amalan sunat pada 10 Zulhijjah seperti...
1. Mandi sunat Aidil Adha pada pagi harinya
2. Sunat tidak menjamah makanan atau minuman sehinggalah selesai menunaikan solat Adha.
3. Keluar menuju ke masjid dengan satu jalan dan bila pulang menggunakan jalan yang lain pula.
4. Lebih afdal dengan berjalan kaki ke masjid jika ianya tidak terlalu jauh.
5. Mengumandangkan takbir, tahmid dan tahlil bermula dari malam 10 Zulhijjah hinggalah terbenam matahari pada tanggal 13 Zulhijjah (Takbir Muqayyad).
0 ulasan:
Catat Ulasan